Khamis, 4 Februari 2010

Selamat Datang...(Pengenalan Kami)

Pengenalan
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.
Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran. Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi.
Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik koperasi telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang di gariskan.
Dokumen ini di hasilkan bagi menyambung perancangan yang di buat dalam pelan Strategik Koperasi 2000-2005. Dokumen ini memberi penumpuan kepada beberapa tindakan dan keputusan yang perlu dibuat demi mencapai matlamat yang diharapkan.
Dalam pada itu, adalah amat perlu kajian dan pindaan di buat dari masa ke semasa bagi menjamin keberkesanan apa yang di rancang agar sentiasa berada dilandasan yang betul, tidak terkeluar dari matlamat asas ianya ditubuhkan.

VISI
Kearah sebuah organisasi yang memperjuangkan ekonomi Guru-Guru Melayu berteraskan Islam , mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek keanggotaan, kewangan, pelaboran dan sumber manusia.

MISI

1. Mewujudkan anggota yang berkualiti dan bertanggujawab.
2. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian dan pulangan kepada pelaburan dengan adil dan saksama.
3. Memperkukuhkan dan menmantapkan sistem perakaunan dan kewangan bagi meningkatkan pendapatan dan meminima kos perbelanjaan.
4. Memperkukuhkan aktiviti pelaburan bagi meningkatkan pendapatan dan pulangan.
5. Mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dan berprofessionalisma tinggi dalam suasana pekerjaan yang harmoni.
6. Menawarkan mutu barangan yang tinggi mengikut citarasa pelanggan dan memberi perkhidmatan yang memuaskan.
7. Bertanggungjawab kepada pembangunan sosio ekonomi demi kesejahteraan masyarakat

MOTTO
" HIDUP BERBAKTI"
KGMMB Dagang (M) Sdn Bhd Adalah anak syarikat kepada KOPERASI KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT yang menawarkan pembiayaan barangan pengguna kepada semua kakitangan kerajaan dan kakitangan badan berkanun yang masih berkhidmat berjumlah Sehingga RM100,000.00...

Perkhidmatan kami
Pembiayaan barangan berjenama seperti :motosikal, perabot, barang kemas,asesori kenderaan( sportrim,tayar,servis dsb), insuran kenderaan, alat kesihatan, alatan pembelajaran, pembiayaan perlancongan /umrah dll.
Tempahan frame pintu & tingkap, lihat contoh layari:-


Perkhidmatan segera kami adalah seperti memperbaharui insuran kenderaan, pembayaran bil Astro, tambah nilai talian tempatan /antarabangsa, photostat, jualan buku ilmiah dll


Apa yang diperlukan????
Slip gaji terkini 3 bulan yang asal dan salinan yang disahkan(Semua Salinan)
Salinan Kad Pengenalan disahkan.
Isi borang biro angkasa yang boleh diperolehi dari alamat kami.
Isi borang pembiayaan yang boleh dimuat turun dari bawah hingga lengkap.

Penjamin???.... Tiada penjamin!!!
Wang proses???... Tiada wang proses!!! Kecuali untuk bukan ahli koperasi disyaratkan agar pembiayaan anda diinsurankan agar anda tidak menanggung hutang sekiranya berlaku kematian.

Muat Turun Borang Di Bawah:

Layari Laman Utama Koperasi:
Tengok la kejap....

Alamat Kami:-
Koperasi KGMMB Dagang(M) Sdn.Bhd,
No.17, Tingkat Bawah Bistari Center, Jalan Hiliran,
21000 Kuala Trengganu.
Trengganu.

Tel : 09-6227584
Fax : 09-6247584
( Suhaimi, Zam & Asmah )

Keperluan anda akan kami tunaikan InsyaAllah!!!
Proses akan dipermudahkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan